Berita Terkini

Kerajaan Digesa Bertindak Terhadap Pasangan Sejenis

KUALA LUMPUR, 3 Sept - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu kerajaan mengambil tindakan berdasarkan prinsip perlembagaan dan undang-undang di negara ini yang melarang hubungan sejenis dan juga perkahwinan sejenis.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, adalah menjadi prinsip keadilan di Malaysia ...

Video

Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK

Kerajaan Tidak Konsisten Amal Perundangan Syariah

Yusmawati Mhd Yusof

SHAH ALAM, 11 MAC - Jika tiga wanita yang dituduh melakukan seks haram di rotan serta-merta, tidak ada sebab mengapa individu yang memfitnah tidak didakwa ke mahkamah Syariah.

Keengganan kerajaan dan jabatan agama wilayah persekutuan bertindak keatas Saiful Bukhari Azlan mengundang persoalan sejauh mana pemerintah serius melaksanakan  sistem perundangan Islam.

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Abdul  Ghani Shamsuddin kesal kerana  kerajaan Umno- Barisan Nasional tidak konsisten dalam mengamalkan undang-undang syariah.

Abdul Ghani di minta mengulas pendirian mengejut kerajaan bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya pertuduhan Qazaf di buat terhadap Saiful kerana mendakwa kononnya beliau di liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dakwaan itu penuh kecurigaan kerana laporan pakar Hospital Kuala Lumpur mendapati tidak ada bukti untuk menyokong tuduhan Saiful yang membuat kenyataan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Lebih setahun Anwar cuba mendapatkan pembelaan dibawah undang-undang islam agar Saiful dihadapkan ke mahkamah syariah dengan pertuduhan Qazaf terhadap.

Namun tidak ada tindakan susulan diambil oleh kerajaan mahupun JAWI.

Peguam kerajaan memberitahu mahkamah syariah semalam bahawa mahkamah itu kononnya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pertuduhan sedemikian terhadap Saiful. 
 
“Jadi di sini jelas, tidak ada konsistensi dan terdapat motif-motif yang terselindung perjuangan politik hendak dipertahankan dan kemenangan hendak diraih melalui cara-cara tidak demokratik, penggunaan media, dan juga institusi-institusi kerajaan yang rakyat seharusnya dilindungi martabat dan integritinya tetapi tidak dipedulikan sehingga jatuh integriti badan-badan seperti SPR dan SPRM hakim dan sebagainya,”katanya.

Abdul Ghani yang merupakan antara ulama yang paling di hormati berkata tindakan menyebat tiga wanita baru-baru ini turut memperlihat campurtangan politik untuk meremehkan perlaksanaan hukum Islam. 

“Maknanya mereka tidak konsisten, dalam kontek yang ini (sebat 3 wanita) mereka hendak buat, itupun tidak sempurna. Yang disuruh sekian-sekian dera yang dibuat hanya enam sahaja. Tidak adanya sifat konsistensinya itu membayangkan keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan keadilan kerana misi Islam itu adalah misi keadilan,”katanya.

Dalam pada itu, Tokoh agama, Dr Badrulamin Bahron berkata kerajaan pimpinan Umno jelas mengambil dua standard berbeza dalam keghairahan  merotan tiga wanita yang menyerah diri, tetapi enggan bertindak ke atas aduan Qazaf terhadap Saiful.

Tindak-tanduk pemerintah sedemikian menghantar mesej yang salah kepada masyarakat bukan Islam.

“Ini adalah gambaran seluruh perjalanan sistem undang-undang di Malaysia pertuduhan terpilih, selektif hanya orang tertentu sahaja yang akan di bawa ke mahkamah sedangkan orang lain teelepas menurut keperluan dan maslahah pemimpin-pemimpin yang jahat (Umno) cuba mempertahankan kuasa,” katanya.



  Add Comments


Twitter


Iklan

Hubungi Untuk Iklan : contact@tvselangor.com