Berita Terkini

Perutusan Aidilfitri Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim

Berikut adalah perutusan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang dihormati, sempena Hari Raya Aidilfitri:

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Menjelan ...

Video

Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK

15 Mangsa Ribut Terima Bantuan Kerajaan Negeri

Prihatin dengan nasib rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Andalas, Dr A. Xavier Jayakumar memberi jaminan kerajaan negeri akan membantu semua 15 keluarga mangsa ribut di Ampang baru-baru.

Xavier semalam meluangkan masa melawat rumah mangsa yang sebahagian besar  rosak dilanda ribut di Ampang baru-baru ini.

Antara 15 premis itu,  rumah A Dhevenran paling rosak teruk dalam kejadian pada 3 Mac. 

Xavier bercadang membawa kes Dhevenran  ke peringkat atasan berikutan mangsa tidak mampu membayar  premium tanah lantaran dihimpit kemiskinan.

Xavier berjanji untuk mencari jalan bagi meringankan beban  Dhevenran bagi memudahkannya membayar premium 20 ribu ringgit.

Mangsa kemudian akan dibantu memperoleh rumah PPRT bagi menggantikan rumah yang mengalami kerosakan teruk.

 “Saya akan bawa isu ini, sebab saya nampak memang miskin keluarga itu dan saya akan buat rayuan untuk mereka untuk mengurangkan premium untuk keluarga ini,” kata beliau.

Xavier turut menyampaikan bantuan makanan dan sejumlah wang ehsan kepada semua mangsa lain.

Turut melawat ialah ADUN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz Khasim Ahli Parliman Ampang Zuraida Kamarudin.

“Sebuah keluarga yang rumah dia ranap itu kita mintak, kita bantu la, kita bagi makan, kita bawa dia duduk rumah jiran, pada hari ini kita bawa EXCO untuk turun membantu dan daripada pejabat daerah memang bagi sumbangan sebanyak 300 ringgit di pihak DUN tengoklah kita akan bagi kemudian," kata Khasim.

  Add Comments


Twitter


Iklan

Hubungi Untuk Iklan : contact@tvselangor.com