6 Sept – Satu kenyataan media telah dikeluarkan Majlis Peguam Malaysia menjelaskan tentang Kempen Perlembagaanku yang menimbulkan kegusaran Kelab Belia Graduan 1Malaysian (KBGM).
Presiden, Ragunath Kesavan menyebut bahawa beliau telah difahamkan satu laporan polis telah dibuat terhadap Kempen Perlembagaan oleh Kelab B ...
Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK
Selangor mencatatkan kematian paling tinggi dengan 12,135 kes akibat demam denggi.
Kematian akibat wabak itu semakin serius dengan purata kes mingguan meningkat termasuk dua kematian baru di negeri ini dan Johor sepanjang minggu lalu yang menjadikan 33 maut sejak Januari lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata walaupun kes jangkitan menurun dengan hanya 8,975 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 3 Mac lalu berbanding 10,529 kes bagi tempoh sama tahun lalu, tetapi kes kematian bertambah empat kes berbanding 29 kes tahun lalu.
Selain jangkitan denggi, orang ramai berhati- hati terhadap penularan wabak H1NI yang kini masih di Tahap 6 (peringkat amaran tertinggi) yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Setakat ini di Kelantan seorang pelajar wanita berusia 22 tahun meninggal dunia dan 29 pesakit masih dirawat di hospital termasuk enam daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“WHO belum turunkan tanda amaran berjaga-jaga Tahap 6 kerana gelombang kedua sedang melanda Eropah. Jika leka, kita bimbang Malaysia juga diserang gelombang kedua. Sebab itu kita aktifkan semua pasukan kesihatan untuk pantau wabak. Setakat ini belum ada kes kluster besar, cuma tanda biasa tetapi itu bukan jaminan kita selamat,” kata Tiong Lai.