KUALA LUMPUR, 3 Sept - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu kerajaan mengambil tindakan berdasarkan prinsip perlembagaan dan undang-undang di negara ini yang melarang hubungan sejenis dan juga perkahwinan sejenis.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, adalah menjadi prinsip keadilan di Malaysia ...
Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK
Dua tahun Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaksikan telah banyak program yang memberi manfaat kepada rakyat dilancarkan.
Antaranya agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan pakej rangsangan ekonomi yang berjaya menarik pelabur sekaligus mencatatkan pelaburan tertinggi di semenanjung tanahair bagi tahun 2009.
Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata demikian semasa sesi pembentangan dan perbahasan kertas eksekutif pada Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor pagi tadi.
Beliau berkata kerajaan negeri lebih menumpukan usaha mengajar rakyat menjana pendapatan sendiri berbanding memberikan terus bantuan sehingga rakyat tidak mampu berdikari dan hanya mengharapkan belas ehsan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Sebelum ini kerajaan negeri telah menyerahkan Geran Projek Perintis Meningkatkan Hasil Padi Selangor berjumlah lebih RM1 juta kepada 17 peserta projek tersebut.
Ia secara langsung meningkatkan pendapatan sumber mata pencarian hampir 9 ribu keluarga pesawah yang terlibat dalam perusahaan padi di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Projek ini tertumpu kepada daya pengeluaran dengan melengkapkan kemudahan sistem pengairan, penggunaan jenis padi berhasil tinggi, penggunaan jentera sepenuhnya, peningkatan amalan teknologi ‘Amalan Terbaik’ dan penggunaan kawasan yang maksimum.
Yaakob juga berkata, kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat sangat telus dan adil.
Dalam pembentangan itu, Yaakob turut menyarankan agar seluruh kerangka kerajaan negeri diberi perhatian agar mereka lebih berkesan dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab masing- masing.
Sehingga kini Selangor mempunyai 30 ribu ahli sokongan peringkat negeri antaranya 5152 JKKK, 368 Kampung, 179 Kampung Baru, 12 Pihak Berkuasa Tempatan dengan 24 Ahli Majlis PBT, Penggerak Belia PBT, 6 ribu Nazir Masjid dan AJK Surau.
Add Comments