Berikut adalah perutusan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang dihormati, sempena Hari Raya Aidilfitri:
Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Menjelan ...
Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK
9 Sept - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk diambil kenyataannya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Pada 18 Ogos lepas, Setiausaha Perkasa Syed Hassan Syed Ali membuat laporan polis terhadap Dr Chua di Balai Polis Tun HS Lee Police berhubung kenyataan Dr Chua mempersoalkan Hak Keistimewaan Melayu.
Polis mengambil masa satu jam setengah untuk menyoalnya berhubung dakwaan PERKASA bahawa Chua mempersoalkan hak keistimewaan Melayu itu semasa ucapannya di Kongres Ekonomi Cina bulan lalu.
Bercakap kepada media selepas keterangannya itu dirakamkan, Chua berkata sesalinan ucapannya juga telah diberikan kepada pihak polis.
Beliau mempertahankan ucapannya yang didakwanya tidak bermotifkan perkauman dan hanya tertumpu kepada usaha liberalisasi ekonomi negara.
"Apa yang saya katakan adalah yang baik untuk negara, khususnya ekonomi Malaysia...tiada motif yang tersembunyi,” ujar Chua Soi Lek. - Mohd Ezli Mashut
Add Comments
|
||||||
|
||||||