Berikut adalah perutusan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang dihormati, sempena Hari Raya Aidilfitri:
Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Menjelan ...
Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK
Nurshakira Buang
Edisi ke- 9 Piala Sultan Selangor kembali lagi dalam kejohanan yang menemukan dua gergasi bola sepak iaitu Selangor dan Singapura.
Kejohanan yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam,Selangor pada 16 Oktober, bakal menampilkan barisan bintang bola sepak ternama dari kedua-dua pasukan terbabit.
Kejohanan Piala Sultan Selangor ditaja Benalac Sdn Bhd, Syabas Berhad, Permodalan Negeri Selangor Berhad(PNSB), Taliworks Corporation Berhad,Splash dan Sunway Group.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menerima sumbangan pada majlis penyerahan cek sumbangan di Shah Alam.
Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Pada kejohanan edisi ke 8, pemain veteran dan pemain pilihan Singapura mencetak kemenangan, seterusnya membawa piala ini.
Kejohanan ini turut menampilkan aksi antara pasukan pilihan dan veteran dari Selangor dengan Singapura.
Ia bakal menjanjikan aksi menarik sepertimana saingan antara kedua-dua pasukan pada era 1980-an dulu.
"Piala Sultan Selangor ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemain dan peminat bola sepak Selangor dan singapura sekaligus menjadikan Piala Sultan Selangor sebagai acara berprestij yang dinanti-nantikan semula lapisan peminat bola sepak tanah air dan Singapura," kata Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abdul Karim Munisar.
PETALING JAYA, 6 Ogos - Hanya lapan pemain Malaysia melepasi kelayakan (cut-off) pada Kejohanan Golf Worldwide Holdings Selangor Masters di Kelab Golf Seri Selangor di Kota Damansara, dekat sini, pada Jumaat.
Bagaimanapun, 30 pemain termasuk empat pemain amatur gagal layak ke pusingan ketiga selepas pihak penganjur menetapkan lima atas par 147 sebagai syarat untuk meneruskan saingan pada kejohanan bernilai RM1.2 juta itu.
Seramai 65 pemain layak ke pusingan ketiga dengan cabaran Malaysia diketuai oleh pemain nombor satu negara Danny Chia, Airil Rizman Zahari, Iain Steel, M. Sasidaran, S. Sivachandran, Ng Shern Wei, Shaifubari Muda dan Anis Hassan.
Selepas menjadi pendahulu pusingan pembukaan, Airil Rizman berkongsi kedudukan pendahulu dengan dua pemain Australia Brad Smith dan Scott Barr dengan jumlah catatan empat bawah par 138 selepas dua pusingan.
Seramai 26 pemain yang gagal menamatkan pusingan kedua semalam kerana cuaca hujan meneruskan permainan pagi ini sebelum memulakan saingan pusingan ketiga.- BERNAMA
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd, akan menutup sementara sistem penempahan semasanya selama tiga hari mulai Jumaat bagi digantikan dengan sistem baharu yang boleh menampung pertumbuhan semasa syarikat itu.
Sebagai sebahagian dari proses pelaksanaan sistem itu, perkhidmatan penempatan AirAsia, akan hentikan sementara dari jam 1.00 petang waktu Malaysia (GMT+8) pada Jumaat (9 Julai) hingga jam 6.00 petang waktu Malaysia pada 11 Julai (Ahad).
Ketua Serantau Komersil AirAsia Kathleen Tan berkata para pelanggan sangat digalakkan membuat tempahan beberapa hari sebelum 9 Julai (1.00 petang) untuk mengelakkan kekecewaan.
Katanya sistem baharu itu akan diwujudkan mulai jam 6.00 petang, 11 Julai.
"Sistem semasa, yang kini berusia 20 tahun, tidak lagi dapat menampung pertumbuhan semasa kami. Sebelum ini, sistem itu hanya dapat menampung sehingga setengah juta sehari."
"Dengan pemasangan sistem baharu itu, ia berupaya menempah kepada hampir sejuta penerbangan sehari," katanya kepada taklimat media di sini hari ini.
AirAsia akan membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi tahun pertama pengoperasian sistem baharu itu.
Tan berkata syarikat penerbangan itu telah melakukan banyak pelaburan di segi teknologi untuk menyokong pengembangannya di pasaran, kebanyakannya di Asia, Australia dan Eropah.
Bagi tahun ini, syarikat itu memperuntukkan kira-kira RM80 juta hingga RM100 juta kepada jabatan teknologi maklumatnya (IT).
Dengan pelaksanaan sistem baharu itu, para pelanggan akan mendapat manfaat dari jualan berinovasi dan kempen pemasaran, tawaran produk dan perkhidmatan yang direka khusus bagi keutamaan pelanggan dan penyediaan kemudahan layan diri yang lebih baik, yang termasuk akses langsung terhadap akaun kredit masing-masing.
Semasa penutupan itu, para pelanggan tidak akan dapat melakukan tempahan tempat duduk secara online, di pejabat jualan AirAsia dan kaunter atau melalui pusat panggilan mereka.
Pendaftaran masuk sendiri, melalui web, telefon mudah alih dan di kiosk serta kemudahan penempahan urus sendiri juga tidak dapat dilakukan selama tiga hari.
Tan berkata syarikat penerbangan itu akan hanya menerima tunai bagi pembelian sebarang produk tambahan di kaunter daftar masuk, yang termasuk bayaran lebihan bagasi semasa tempoh itu.
Semasa tempoh itu, para pelanggan juga dinasihati untuk mendaftar masuk sekurang-kurangnya tiga jam sebelum berlepas bagi mengelakkan terlepas penerbangan kerana pendaftaran masuk akan dilakukan secara manual di kaunter daftar masuk di lapangan terbang.
Bagaimana pun, penempahan hotel dan pengembaraan serta aktiviti pada airasiago.com akan terus diadakan sepanjang tempoh pelaksanaan usaha menaik taraf sistem itu.
Tan berkata dua hingga enam minggu selepas usaha menaik taraf itu dilakukan, syarikat penerbangan itu akan melancarkan beberapa destinasi yang termasuk ke Seoul, Korea Selatan dan Haneda di Jepun.
(Bernama)
Pasukan lawan pedang Selangor hari ini menambah satu lagi emas setelah semalam Koh I Jie menyumbang emas pertama dalam kategori perseorangan lelaki.
Dalam saingan hari ini, atlit Selangor, Muhd Radhi Hashim menewaskan pencabarnya dari Negeri Sembilan, Nurul Ariezzat Nazreen yang memiliki reputasi hebat.
Nurul Ariezzat pernah menyertai kejohanan Asia di Qatar dan mempunyai rekod pencapaian baik dalam pelbagai kejohanan sepanjang kariernya.
Bagaimanapun reputasi Nurul Ariezzat akhirnya tercalar apabila emas menjadi milik peserta dari Selangor.
Pasukan Tenpin Boling Selangor hari ini merangkul pingat emas pertama melalui acara individu lelaki melalui Muhamad Aizudeen Mustaqim Mohd Nila pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka.
Beliau mengutip 1,399 jatuhan pin, mengatasi peserta Sarawak, Chong Jun Foo di tempat kedua dengan 1,390 mata manakala peserta Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 1,381 mata.
Aizudeen mulanya berdepan saingan sengit dari wakil Sarawak itu tetapi kesilapan Jun Foo di permainan ke-5 membolehkan Aizudeen mengekalkan momentum, seterusnya meraih pingat emas
Bandaraya Melaka, 9 JUN 2010 – Selangor mengutip tiga mata penuh apabila berjaya menumpaskan Sarawak dalam saingan peringkat kumpulan D dalam acara bola sepak.
Gol pertama hadir menerusi pemain sayap kanan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, pada minit ke-38 dalam separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, penyarung jersi 16 Selangor, Azrif sekali lagi menjadi wira apabila berjaya meledakkan gol kedua Red Giant pada minit ke-59.
“Saya rasa Selangor bermain dengan penuh semangat dan dapat kutip 3 mata, sekarang masalah pemain utama kita iaitu Wan Hoesne cedera, sebab itu ada masalah sikit selepas 15 minit perlawanan saya rasa kecederaannya dapat diatasi dan boleh bermain agak baik”, kata jurulatih pasukan Selangor, P. Maniam kepada SelangorKini selepas perlawanan bola sepak kumpulan D di Stadium Hang Tuah, Melaka petang tadi.
Perlawanan bola sepak Sukma ini disambung pada Jumaat ini dengan menyaksikan Selangor bertemu tuan rumah, Melaka di Stadium Hang Tuah. – MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN
SHAH ALAM 25 MEI: Felda United selaku pendahulu Liga Perdana terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Paroi, Seremban, malam tadi.
Keputusan ini menyebabkan Felda United hanya memiliki kelebihan satu mata dengan pencabar terdekat, PKNS Selangor.
Gol Felda United disumbangkan oleh Mohd Khaironnisan Sahabudin pada minit kedua, manakala gol PDRM dijaringkan Mohd Afif Amiruddin pada minit ke-90.
Ini memberi peluang kepada PKNS Selangor untuk merapatkan jurang mata dalam memburu gelaran juara liga apabila membelasah Pos Malaysia 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Dalam perlawanan lain, Sabah menumpaskan Shahzan Muda 4-0 di Stadium Kota Kinabalu melalui jaringan Bobby Gonzales pada minit ke-13 dan 35, Mohd Fared Ideris (minit ke-67) dan Razlan Otoh pada minit ke-79.
Di Stadium Hang Tuah, Melaka, Harimau Muda pula menjinakkan dengan keputusan Melaka 5-3 hasil jaringan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-29 dan 75, Mohd Fandi Othman (minit ke-39), Muhd Ferris Danial Mat Nasir (minit ke-42 dan 83).
Gol Melaka dijaringkan oleh Rafie Katin (minit ke-36), Zulindra Shah Putra Adam (minit ke-43) dan Nor Irwan Mohd Shukri (minit ke-89).
Di Stadium Sarawak, pasukan tuan rumah memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila menumpaskan MP Muar 2-1.
Di Stadium Pulau Pinang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seri 1-1 dengan pasukan USM FC.