Berita Terkini

Perutusan Aidilfitri Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim

Berikut adalah perutusan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang dihormati, sempena Hari Raya Aidilfitri:

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Menjelan ...

Video

Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK

Articles in KOMENTAR



Wanita Dakwa Dimarahi Tidak Tahu Bahasa Malaysia Semasa Buat Laporan

KUALA LUMPUR, 7 Sept  - Polis hari ini mengambil keterangan daripada Loh See Moi, wanita yang mendakwa dimarahi oleh seorang pegawai penyiasat kerana tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa Malaysia ketika membuat laporan di Balai Polis Kepong pada 28 Ogos lepas.

Wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu hadir ke balai polis itu pada kira-kira 11 pagi tadi bersama Nick Ong, pembantu khas Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Ong berkata, Loh memberitahunya bahawa anggota polis dari Bukit Aman datang ke rumahnya pada 3.30 petang semalam.

"Hari ini Loh See Moi turut dipanggil ke Balai Polis Kepong untuk hal yang sama," katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pegawai penyiasat itu kini menjalankan tugas pentadbiran sementara menunggu siasatan dijalankan.-SINAR ONLINE




Pegawai Tentera Jadi Imam Malam Merdeka Di Kelantan

KOTA BHARU, 1 Sept - Tanpa menghirau Ramadan sambutan ambang kemerdekaan di tempat lain dipenuhi persembahan aneka muzikal dan letupan bunyi api, sebaliknya di Kelantan disendat dengan program keagamaan.

Bermula dengan program khatam al-Quran seramai 3,500 peserta diadakan selepas solat Asar di Qaryah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV. 

Kemudian majlis berbuka puasa perdana diadakan di bahagian dalam stadium yang diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ribuan hadir pada program tersebut termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Selain itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, anggota keselamatan dan pegawai kerajaan.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila solat Isyak dan hajat diimamkan pegawai tentera, Mejar Mohd Shukor Said dari 8 Briged Kem Pengkalan Chepa.

Situasi itu jarang berlaku sebelum ini apabila seorang pegawai tentera lengkap dengan pakaian seragam dengan pangkat tersemat di bahu menjadi imam solat.

Kemudian di tempat yang sama diadakan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Ahmad Rejab Yassin dari Mesir. Suara nyaring bacaan ayat-ayat suci al Quran kedengaran di segenap penjuru stadium.

Suasana malam yang nyaman membolehkan orang ramai solat tarawih dengan selesa biar pun beralaskan rumput di padang stadium.

Sekali sekala angin bertiup agak deras sehingga mengangkatkan tikar tempat solat.

Situasi dalam stadium yang dipenuhi budak-budak berjubah di kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz. Ramai juga lengkap dengan baju Melayu.

Manakala anggota tentera yang berpakaian seragam mengenakan kopiah turut menunaikan solat.

Program diteruskan dengan forum kemerdekaan yang bertajuk Ramadan ke Menghayati Kemerdekaan Sejati membariskan ahli panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas pensyarah USIM, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan bekas Adun Kuala Besut, Nik Zawawi Nik Salleh. Manakala Kamal Ashaari bertindak sebagai moderator.

Berakhir acara forum diadakan pula acara deklamasi sajak oleh pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sulaimiah, Mohd Nor Aiman Azmi, 13.

Beliau pernah mewakili negara mendeklamasi sajak di Bangkok ketika berusia 9 tahun dalam pesta puisi Asean.

Kemudian diadakan pula pementasan pentomen oleh kumpulan dari Majlis Kebudayaan Kelantan yang bertajuk Suatu Ketika Dahulu Adalah Hari Ini.

Pentomen hampir sejam itu diarahkan Zed Zaidin, mengisahkan negara ketika di bawah penjajah sehingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Selepas itu tujuh anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja membawa Jalur Gemilang dan diserah kepada Menteri Besar di pentas utama.

Kelainan sekali lagi dapat disaksikan apabila tepat detik 12 malam, laungan azan dikemundangkan. Tiada letupan bunyi api seperti disaksikan di tempat-tempat lain.

Kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku di mana semua yang hadir berdiri.

Dan pada pagi semalam tidak diadakan perbarisan memandangkan umat Islam sedang berpuasa, biar pun program itu diadakan di negeri-negeri lain.-HARAKAH DAILY


‘Ponteng Puasa’ Di Tempat Awam Dijangka Menurun - Jawi

PETALING JAYA, 1 Sept - Kes ‘ponteng puasa’ membabitkan orang Islam di tempat awam pada bulan Ramadan di sekitar Wilayah Persekutuan pada tahun ini dijangka menurun, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Beliau berkata, hanya lima kes tangkapan berdasarkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan Jawi dari 1 sehingga 22 Ramadan (Selasa).

“Kes itu tertakluk di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 15 iaitu tidak menghormati Ramadan.

“Walaupun Ramadan belum berakhir iaitu kurang 10 hari saja lagi untuk umat Islam menjalankan ibadat puasa namun jumlah kes di Wilayah Persekutuan mencatatkan penurunan ketara berbanding 26 kes di bawah akta sama bagi Ramadan tahun lalu,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Che Mat berkata, ini menunjukkan masyarakat semakin sedar tentang tanggungjawab mereka menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan terdapat segelintir orang Islam yang ponteng puasa di tempat tersorok berikutan operasi pemantauan dan penguatkuasaan Jawi hanya melibatkan tempat awam.

“Justeru, orang ramai diminta memberikan kerjasama untuk melaporkan kepada Jawi sekiranya terdapat individu, penganjur atau premis yang terlibat dengan aktiviti ponteng puasa,” katanya.

Jawi melakukan operasi berkenaan setiap hari sepanjang Ramadan di tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Berdasarkan operasi yang dijalankan sehingga 22 Ramadan, lima kes tersebut terdiri daripada empat tangkapan di Kuala Lumpur dan satu di Labuan.

Menurut Che Mat, seramai 35 pegawai ditugaskan untuk menjalankan operasi khusus sama ada secara gerakan berkala atau berdasarkan aduan orang ramai.

“Selagi lokasi itu di tempat awam tidak kira di tepi jalan, restoran mahupun pusat beli-belah, Jawi akan bertindak demi menjaga kesucian Ramadan serta peringatan kepada umat Islam terhadap kewajipan berpuasa,” ujarnya lagi.

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 15 mensabitkan kesalahan kepada mana-mana orang pada waktu berpuasa dalam Ramadan menjual kepada orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu.

Selain itu di bawah akta sama, kesalahan turut disabitkan kepada mana-mana orang Islam yang secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain seumpamanya.

Che Mat berkata, mereka yang disabitkan bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Bagaimanapun, denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekiranya mereka bagi kesalahan kedua atau berikutnya,” kata beliau.-mStar


3 Suspek Tembak Exco Pemuda MIC Ditahan

31 Ogos - Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes tembakan terhadap anggota exco Pemuda MIC Pusat yang sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai kopi di Jalan Datuk Harun di Kajang, dua minggu lalu.

Ketua Polis Kajang ACP Sakaruddin Che Mood berkata ketiga-tiga suspek dalam lingkungan 20-an itu ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes tersebut.

"Motif sebenar kejadian masih belum diketahui, dan kita masih menyiasat punca sebenar kejadian," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Isnin.

Dalam insiden 18 Ogos lepas, A Kalaiarasu, 49, cedera di perut dan tangan kiri setelah ditembak seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup muka penuh serta jaket hitam.

Selepas melepaskan tiga das tembakan, suspek melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal bersama-sama rakannya yang sedang menunggu di luar kedai itu.

Mangsa berjaya melarikan diri melalui pintu belakang kedai dan meminta bantuan dari Balai Polis Kajang yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian, sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Sementara itu, polis menahan dua wanita warga Indonesia yang disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia di sebuah rumah di Taman Bukit Permai, Kajang pada 28 Ogos lepas.

Sakaruddin berkata kedua-dua wanita berusia 23 dan 31 tahun itu menawarkan khidmat pembantu rumah secara haram melibatkan 12 warga Indonesia dalam lingkungan 14 hingga 42 tahun.

Beliau berkata mangsa pada mulanya diperdaya dengan pendapatan lumayan sebelum mereka bersetuju datang ke Malaysia untuk bekerja.

"Namun, kesemua mangsa ini ditipu dan dipaksa melakukan kerja-kerja rumah tanpa apa-apa bayaran oleh majikan yang menjadi pelanggan kepada dua suspek tersebut," katanya lagi.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati aktiviti itu sudah berlanjutan selama sebulan dan kesemua mangsa dihantar ke sebuah pusat perlindungan di Bukit Ledang dekat sini untuk tujuan pengawasan.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyan 15 Akta Pemerdangangan Orang 2007.

Dalam perkembangan lain, polis merampas sejumlah wang palsu bernilai RM1 juta di sebuah rumah yang diduduki tiga pelajar kolej swasta warga Nigeria dalam linkungan 20-an, dalam satu serbuan kira-kira pukul 10 malam, Ahad lepas. 

Sakarudin berkata polis menerima laporan daripada seorang warga Nigeria berikutan pergaduhan yang berlaku di antara mereka disebabkan salah faham.

"Polis kemudiannya menyerbu rumah terbabit dan menemui sejumlah wang palsu di dalam dua buah beg berasingan, berserta dengan peralatan membuat wang palsu tersebut seperti alat pengimbas dan botol-botol plastik," katanya.

Beliau berkata siasatan juga mendapati kegiatan percetakan wang palsu itu berlaku sejak dua bulan lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 49(c) Kanun Keseksaan.-Bernama 


MP Selayang: Saya Bangga Kejayaan Negara Tapi Malaysia ‘Masih Belum Matang’

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Beberapa hari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaaan kali yang ke-53, wakil rakyat penggal pertama ini dikejutkan dengan laporan media yang mempertikaikan kehadirannya di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru. 

Serangan terhadap William Leong, Ahli Parlimen Selayang, berlaku selepas seminggu nasib yang sama menimpa Ahli Parlimen Serdang yang mengunjungi Surau Al-Huda.

Bagaimanapun Leong yang juga Bendahari PKR mempertahankan kehadiran beliau atas alasan dilakukan dengan niat yang baik.

Secara kebetulan beliau juga salah seorang yang lahir pada tahun negara mencapai kemerdekaan.

Menurut pemimpin politik ini istilah kemerdekaan memang besar maksudnya kepada semua rakyat negara kerana ia memberikan makna bahawa negara bebas daripada penjajah dan oleh yang demikian tanggal 31 Ogos amat istimewa.

Leong dilahirkan pada 27 Januari 1957.

“Sudah tentu saya berbangga dengan apa yang dicapai negara sepanjang 53 tahun ini.

“Ini kerana Malaysia telah menunjukkan banyak kejayaan termasuk dari aspek ekonomi, pembangunan dan sukan yang menjadi kebanggaan rakyat di negara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sepanjang 53 tahun merdeka Malaysia kini menjadi salah sebuah negara yang menjadi tarikan pelancong dan ia juga merupakan salah satu aspek kebanggaan negara, kata beliau.

“Melihat Malaysia kini dikenali di seluruh dunia juga menjadi satu kebanggaan kepada rakyat malah saya harap pencapaian ini dapat ditingkatkan pada masa akan datang,” katanya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata,sepanjang tempoh kemerdekaan perkara paling tidak boleh dilupakan adalah ketika tragedi 13 Mei 1969.

“Ketika itu saya berumur 12 tahun dan peristiwa tersebut adalah perkara yang paling menakutkan dan menyedihkan yang berlaku selepas merdeka.

“Saya tidak berapa ingat sangat mengenai kejadian itu tapi ia memang satu kejadian ngeri,” katanya.

Leong berkata sejak dari kecil beliau dibesarkan dalam persekitaran di mana semua kaum termasuk Melayu, Cina dan India bersatu.

“Ketika kecil saya dan rakan-rakan bagaikan sebuah keluarga, kadang-kadang saya juga ada makan di rumah kawan saya orang Melayu dan juga India.

“Tidak ada langsung perasaan marah atau benci kepada kaum lain ketika itu, bagi saya semua kaum adalah sama sebab itu kita boleh merdeka.

“Cuma sekarang ia adalah satu perkara yang menyedihkan apabila semua kaum terutamanya generasi muda tidak lagi bersatu seolah-olah ada satu jurang menyebabkan mereka daripada bersatu,” katanya Leong.

Namum sebagai wakil rakyat Leong kecewa kerana negara masih belum mencapai satu tahap matang walaupun sudah 53 tahun merdeka.

“Bagi saya Malaysia masih belum matang, ini kerana saya melihat perkembangan politik negara masih berada di tahap yang menyedihkan.

“Selain itu sejak 20 tahun kebelakangan ini perkembangan negara agak terbantut sehingga negara lain yang dulu ketinggalan jauh di belakang telah menjangkaui kita,” katanya.

Leong memberitahu jika hendak dibandingkan dengan kemajuan negara Asia lain Malaysia nampak sudah semakin jauh ketinggalan di belakang.

“Dulu pada tahun 1960 hingga 1970 negara berkembang dengan lebih baik berbanding negara Asia lain seperti China dan Korea.

“Malah pada tahun 1980 ekonomi negara berada di tahap terbaik kerana kemampuan untuk bersaingan dengan Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

Wakil rakyat penggal pertama ini berharap semua pihak akan kembali kepada makna sebenar kemerdekaan.

“Selain itu, kereta keluaran negara iaitu Proton juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta menjadi kebanggaan negara,” katanya.

Namun beliau berkata, rakyat kini terpaksa menerima beban apabila negara gagal berkembang dengan baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebagai contoh kalau dulu sekitar tahun 1980, pendapatan sebulan minimum RM1,800 dan ketika itu harga sebuah rumah berkembar bernilai RM25,000 sebuah manakala kereta pula berharga RM9,000.

“Tapi hari ini pendapatan minimum rakyat lebih kurang RM2,000 hingga RM2,500 sebulan tapi harga bagi sebuah rumah dan kereta meningkat berlipat kali ganda menyebabkan rakyat terbeban.

“Jadi bagi saya negara tidak seolah-olah tidak lagi dapat membantu rakyat sebaliknya hanya lebih membebankan,” katanya.

Justeru, sempena kemerdekaan negara yang ke-53, Leong berharap supaya negara dapat melakukan satu tranformasi yang boleh membantu rakyat menjalani hidup dengan lebih baik.

“Semua pihak perlu kembali kepada makna sebenar kemerdekaan dan saya percaya jika istilah ini (merdeka) disanjung sudah pasti semangat kemerdekaan dapat dihayati dengan sepenuhnya.

“Bebaskan negara dari semua aspek negatif termasuk rasuah dan penyelewengan... bagi peluang rakyat untuk bersuara sebagai bukti kemerdekaan.

“Ini yang penting bagi saya, ini baru maksud sebenar kemerdekaan. Bebas segala dari anasir tidak sihat,” katanya.-THE MALAYSIAN INSIDER


Bangkit Perkauman Untuk Tutup Kehilangan RM52 Bilion

GEORGETOWN, 27 Ogos - Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.-HARAKAH DAILY


 


Kilang RM12 Juta Retak, Ancam Nyawa Pekerja

 KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Kerajaan Terengganu perlu memberi perhatian dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya terhadap kilang anak syarikat kerajaan negeri yang retak dan mengancam nyawa pekerja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kilang Top IT Industries Sdn Bhd di Gong Badak yang bernilai RM12 juta dan mula beroperasi pada 2008 mengalami keretakan yang membahayakan para pekerja.

“Apa yang menyedihkan dari laporan audit, kilang ini hingga kini tidak mendapat CF dan beroperasi dalam keadaan amat merbahaya kepada pekerja-pekerjanya seramai 67 orang,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, para pekerja telah mengadu kepadanya secara rahsia tentang bahaya bekerja di situ kerana berlaku keretakan-keretakan yang boleh nampak jelas dari luar.

Katanya, bahagian dinding kilang yang dihitamkan merupakan keretakan-keretakan yang kekal yang cuba ditutup.

Tambahnya, Jabatan Audit Terengganu telah membuat audit dan memaklumkan tentang keretakan-keretakan yang berlaku itu merupakan keretakan yang kekal serta boleh memberikan impak yang besar kepada pekerja-pekerja jika berlaku keruntuhan.

“Jadi, mereka amat bimbang tentang apa yang ada sekarang ini. Dan jika hari hujan atau ribut akan berlaku juga kebocoran air masuk ke dalam dan atap kilang ini juga bergoyang jika berlaku tiupan angin, hujan dan ribut. Jadi mereka bimbang akan berlaku keruntuhan kepada bangunan ini,” ujarnya kepada media semasa meninjau kilang yang mengeluarkan e-book itu, semalam.

Bertepatan dengan laporan jabatan audit negeri, beliau mendapati keretakan itu merupakan kerosakan yang kekal dan memerlukan kepada pemeriksaan rapi.

Beliau menggesa kerajaan negeri bertindak segera untuk membuat pemeriksaan rapi dengan merujuk kepada laporan audit.

“Bangunan kilang ini sendiri belum mendapat Sijil Akuan Kelayakan Menduduk Bangunan (SAKMB). Kriteria keselamatan bangunan hendaklah diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Bangunan yang siap hendaklah mendapat SAKMB. Jadi penemuan auditnya, pelan bangunannya tidak diluluskan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Jadi, apa yang berlaku sekarang ini amat membahayakan nyawa 67 orang pekerja di kilang Top IT Industries Sdn. Bhd ini dan kebimbangan mereka ini mereka salurkan kepada kami,” ujarnya.-HARAKAH DAILY



Twitter


Iklan

Hubungi Untuk Iklan : contact@tvselangor.com