Berita Terkini

Perutusan Aidilfitri Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim

Berikut adalah perutusan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang dihormati, sempena Hari Raya Aidilfitri:

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Menjelan ...

Video

Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK

Articles in NASIONAL



PERKASA Buat Laporan, Chua Dipanggil Polis

9 Sept - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk diambil kenyataannya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Pada  18 Ogos lepas, Setiausaha Perkasa Syed Hassan Syed Ali membuat laporan polis terhadap Dr Chua di Balai Polis Tun HS Lee Police berhubung kenyataan Dr Chua mempersoalkan Hak Keistimewaan Melayu.

Polis mengambil masa satu jam setengah untuk menyoalnya berhubung dakwaan PERKASA bahawa Chua mempersoalkan hak keistimewaan Melayu itu semasa ucapannya di Kongres Ekonomi Cina bulan lalu.

Bercakap kepada media selepas keterangannya itu dirakamkan, Chua berkata sesalinan ucapannya juga telah diberikan kepada pihak polis.

Beliau mempertahankan ucapannya yang didakwanya tidak bermotifkan perkauman dan hanya tertumpu kepada usaha liberalisasi ekonomi negara.

"Apa yang saya katakan adalah yang baik untuk negara, khususnya ekonomi Malaysia...tiada motif yang tersembunyi,” ujar Chua Soi Lek. - Mohd Ezli Mashut

Syed Shahir : Kekalkan Status Quo Atau Pilih Anwar

9 Sept - Sekumpulan pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor yang mengelarkan diri mereka Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Selangor mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Ketuanya, Syed Shahir Syed Mohamud berharap alternatif ini diterima akar umbi dan kepimpinan atasan parti supaya pertandingan untuk dua kerusi terkanan PKR tidak menjejaskan keutuhan parti.

Sejumlah kepimpinan utama dari 22 Cabang di Negeri Selangor telah berkumpul dan bermuzakarah mengenai proses pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung bermula awal November depan.

Jurucakapnya, Abdul Kudus Omar, berkata alternatif ini dicadangkan supaya pertandingan dua jawatan kanan itu tidak menjadi penyebab kepada politik kotor dan taktik cantas-mencantas yang boleh membantutkan evolusi PKR sebagai wadah perjuangan rakyat.

Setakat ini, bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim bersetuju supaya dia dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden, manakala 18 Ahli Parlimen dan Senator  telah menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Kumpulan hari ini bagaimanapun mencadangkan supaya kerusi Presiden dan Timbalan Presiden yang sekarang ini dipegang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Senator Syed Husin Ali tidak dipertandingkan.

 “Kedudukan status quo bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sekarang ini hendaklah dikekalkan ( Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan YB Senator Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden). Dengan ini,calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden hendaklah menarik diri” ujar Abdul Kudus. 

Namun begitu, menyedari bahawa pemilihan para pemimpin kanan parti menjadi hak mutlak ahli, permuafakatan ini mengumumkan sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden, dan Dr Wan Azizah sebagai calon Timbalan Presiden.

“Jika muafakat di atas sukar dicapai,maka kami ingin menyarankan agar ahli di peringkat akar umbi, mencalonkan dan memilih YB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalon dan diangkat sebagai Timbalan Presiden, dengan cara ini kami yakin kemelut dan kegawatan pertandingan Jawatan Timbalan Presiden akan dapat diselesaikan” kata beliau lagi dalam satu sidang media.


PERKASA: Bukan Kerana Kami Sokongan BN Terhakis

9 Sept - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menafikan dakwaan bahawa kewujudan kumpulan pendesak Melayu itu punca Umno kehilangan sokongan ramai.

“Kenyataan Tengku Adnan (Mansor) bahawa sesetengah tindakan PERKASA tidak gembirakan Umno kerana PERKASA menghakis sokongan rakyat kepada Umno adalah sangat angkuh,” kata setiausaha agung PERKASA, Syed Hassan Ali dalam satu kenyataan.

Katanya, kehilangan sokongan Umno adalah tindakan parti itu sendiri yang tidak mahu berubah.

“Saya ingatkan Tengku Adnan bahawa sesetengah tindakan Umno dan BN sendiri sekarang semakin menjauhkan pengundi kepada mereka. Mereka sendiri yang membuatkan diri mereka hilang sokongan. 

“PERKASA hanya menegur supaya mereka (Umno dan BN) sedar akan tindakan-tindakan mereka yang tidak betul. Tetapi kalau nak anggap ia (teguran PERKASA) sebagai semakin menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno dan BN terpulanglah,” kata Syed Hasan.

Beliau mengulas wawancara Tengku Adnan di mana setiausaha agung Umno itu dilaporkan berkata BN akan meletakkan calon bagi menentang presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali di kerusi parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum akan datang.

Pada wawancara itu, Tengku Adnan berkata tidak ada sebab bagi Umno menyokong Ibrahim dan mendakwa tindakan pergerakan itu adalah punca sokongan bukan Melayu kepada BN terhakis.

Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim yang tidak mempunyai parti memenangi kerusi Pasir Mas atas tiket PAS tetapi beliau kemudiannya berpaling tadah dan menyerang parti Islam itu.

Ibrahim kemudiannya menubuhkan PERKASA yang didakwanya mempunyai lebih 50,000 ahli dan kebanyakan mereka adalah ahli Umno.

Mengenai ikrar Tengku Adnan untuk meletakkan calon Umno menentang Ibrahim, Syed Hassan berkata dia sangat hairan sebagai seorang yang begitu penting dalam Umno, Tengku Adnan 'begitu berani' mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Sebelum itu saya nak tanya kepada Tengku Adnan, bila masa PERKASA minta kerusi Parlimen Pasir Mas diberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali dengan tiada calon BN diletakan bersaing sama.? “ soalnya.-MALAYSIA KINI 

'Satu Ahli Satu Undi' Adalah Cabaran Bagi Semua, Kata Dr. Molly

9 Sept - Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang dianggotai sembilan orang anggota adalah kesinambungan usaha Parti Keadilan Rakyat menerapkan prinsip telus dan ketanggungjawaban di setiap lapisan parti.

Ketua Jawatankuasa, Dr. Molly Cheah menjelaskan bahawa peranan jawatan kuasa tersebut secara amnya adalah untuk memantau dan menyelia pemilihan tersebut.

Dr. Molly yang berkata adalah menjadi harapan beliau pemilihan ini dapat dijalan dengan telus ditambah dengan adanya garis panduan kod etika pemilihan serta Jawatankuasa pemantau.

Menurut Dr. Molly, pemilihan dalaman parti ini adalah kali pertama seumpamanya dan ia menjadi cabaran bagi semua pihak untuk memastikan ianya berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Sekurang-kurangnya 400,000 ribu ahli parti terlibat dalam pemilihan kali ini bagi menentukan barisan pimpinan kanan dan akar umbi PKR.

Selain dari menetapkan garis panduan dalam pemilihan, Dr. Molly juga menekankan bahawa adalah penting peraturan itu dipatuhi oleh semua ahli kerana ianya mencerminkan parti sendiri.


Iskandar : KRT Yang Tidak Hormati Perjanjian

9  Sept - Kerajaan negeri menafikan kenyataan RTM awal pagi semalam yang mendakwa Kawasan Rukun Tetangga Taman Pandan Mewah dihalau dari dewan orang ramai.

Exco Perumahan,Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Yb Iskandar Abdul Samad menyifatkan tindakan mereka seolah-olah lupa bahawa dewan itu diuruskan secara bersama antara penduduk dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Iskandar memberitahu, Pihak Berkuasa Tempatan akan menyerahkan dewan itu semula kepada pihak yang boleh menguruskannya dengan adil.

"Saya rasa tidak ada sebab kenapa KRT berkata mereka dihalau keluar kerana dewan itu bukan milik mereka, kalau milik mereka boleh lah mereka berkata dihalau keluar sebenarnya dewan itu ditadbir bersama," kata Iskandar

"Dalam kes dewan orang ramai Taman Pandan Mewah ini,saya telah mendapat satu permohonan dari pihak KRT untuk mentadbir dewan tersebut dan saya telah mengambil jalan tengah iaitu saya telah memutuskan bahawa berlaku pentadbiran bersama iaitu KRT dan penduduk tempatan," kata beliau lagi.

Terdahulu, dewan ini telah digunakan oleh KRT sebelum pilihanraya umum 2008. Semasa Kempen Pilihanraya umum tersebut,dewan ini bertindak sebagai bilik gerakan pilihanraya Barisan Nasional.

Iskandar telah menerima beberapa aduan dari penduduk tempatan atas tindakkan KRT yang menukar kunci dewan seolah-olah mefikan hak penduduk untuk mengunakan dewan tersebut. Iskandar berkata hal ini akan diberitahu secara bertulis kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya,Datuk Mohammad Yaakob.

"Malang sekali perjanjian ini tidak dihormati oleh pihak KRT, KRT telah menukar kunci akibatnya penduduk tempatan tidak dapat mengunkan selain dari itu KRT juga jadikan dewan itu stor mereka,” ujar Iskandar penuh kesal.-naeem raffi 


Bakar Al-Quran Adalah Keji, Ujar Nasruddin

Tindakan sangat keji dan keterlaluan. Itu reaksi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi terhadap hasrat sebuah gereja kecil di Florida untuk meneruskan rancangan membakar beratus-ratus naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September.

Semalam,White House dan negara-negara Barat menggesa gereja Dove World Outreach Center untuk tidak meneruskan rancangan itu, kerana ia akan mencetuskan pusingan keganasan baru di Afghanistan, yang masih belum reda meskipun berada dibawah kawalan Tentera Berikat.

White House bimbang provokasi gereja itu menguja kemarahan umat seluruh dunia. Provokasi gereja itu timbul ketika merebaknya sentimen Islamofobia berpunca daripada rancangan untuk membina sebuah pusat kebudayaan Islam dan masjid di Ground Zero, New York iaitu tapak runtuhan World Trade Center yang musnah dalam serangan 11 September 2001.

Nasaruddin berkata Pas akan menjawab tindakan membakar Al-Quran itu dengan satu perhimpunan aman.

“Oleh kerana itu tindakan mereka membakar atau mahu membakar Al-Quran adalah dilihat satu tindakan yang sangat keji dan sangat keterlaluan,sehingga ia boleh dianggap satu provokasi untuk mengistiharkan perang antara agama atau agama Islam,ia satu yang sangat berisiko tinggi kerana dia mampu mencetus kemarahan dan juga mampu mencetuskan kebangkitan umat Islam seluruh dunia” kata Nasruddin.

Nasruddin berkata rundingan adalah langkah terbaik mengatasi masalah. Beliau mengharapkan rakyat negara ini bertindak matang dan tidak terpengaruh dengan provokasi gereja kecil itu.

“Saya mengharapkan umat Islam dalam negara kita ini matang tidak terpengaruh dan tidak terpedaya dengan provokasi yang dilancarkan oleh barat biarlah kalau kita hendak marah,kalau kita hendak nyatakan bantahan kepada pihak yang bertanggungjawab atau pihak tertentu dan tidak boleh melepaskan kemarahan kepada semua orang,” kata beliau mengakhiri perbualan.-Mohd Ezli Mashut


Mahfuz Pertikai Penstrukturan Polis Belum Tercapai

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menyelar kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan pelan penstrukturan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya mencapai 48 peratus sedangkan sebelum ini kerajaan memberitahu sebanyak 80 peratus sudah tercapai.

Beliau berkata, kenyataan bercanggah ini menunjukkan PDRM masih lemah lagi lemah dari sudut penstrukturan dalaman mereka. 

Musa berharap agar penggantinya, Tan Sri Ismail Omar dapat meneruskan pelan strategik lima tahun PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan anggota mereka sendiri.

"Saya hairan kenapa Musa berkata penstrukturan semula berada dalam lingkungan 45 peratus, sedangkan sebelum itu mengatakan bahawa 80 peratus," ujar Mahfuz.

Beliau turut menambah, kelemahan ini menampakkan bahawa pasukan PDRM yang diterajui Musa meninggalkan pelbagai masalah.

"Saya fikir ada yang tidak kena ditambah Musa berkata berlaku campur tangan luar dalam PDRM," kata Musa.


Twitter


Iklan

Hubungi Untuk Iklan : contact@tvselangor.com