Berikut adalah perutusan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang dihormati, sempena Hari Raya Aidilfitri:
Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Menjelan ...
Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memberi tempoh tertentu kepada pengusaha dan peniaga besi terpakai di negeri ini untuk memindahkan operasi ke kawasan yang dibenarkan bagi menyusun semula perniagaan itu.
Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah ini juga bagi membolehkan pihak berkuasa memantau operasi premis menjual besi terpakai yang dikatakan membeli besi curi.
Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan akan diminta menyediakan kawasan yang sesuai untuk menempatkan peniaga-peniaga yang dipindahkan dari kawasan asal dan lesen dikeluarkan untuk memudahkan kawalan.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri akan mengatur pertemuan dengan peniaga besi terpakai ini untuk mendapatkan maklum balas berhubung cadangan ini.
“Kita perlu memindahkan peniaga-peniaga ini kerana kedudukan mereka yang berselerak dan tidak sesuai termasuk di kawasan perumahan yang menganggu ketenteraman dan membahayakan keselamatan,” katanya.
Menteri Besar berkata demikian ketika mengadakan dialog dengan pelabur utama di Selangor yang diadakan di Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) di I-City sini, hari ini.
Dalam pertemuan ini, wakil syarikat pelabur tempatan dan antarabangsa antara lain membangkitkan isu keselamatan yang melibatkan kejadian curi besi yang kerap berlaku dan mendatangkan kerugian kepada pihak syarikat.
Menteri Besar berkata, pencuri besi ini kebiasaannya menjual besi-besi yang dicuri kepada peniaga besi terpakai dan kerana itu premis-premis ini perlu disusun semula supaya senang dipantau.
Katanya, aktiviti mencuri besi ini telah dimaklumkan dan dibincangkan dengan polis untuk tindakan kerana ia serius dan boleh menjejaskan imej negara.
Selain isu keselamatan, pelabur juga membangkitkan masalah kemudahan infrastruktur terutama jalan di kawasan industri yang tidak diselenggara dengan baik yang mengganggu operasi harian syarikat.
Menteri Besar berkata, masalah itu dijangka dapat diatasi selepas Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang akan disalurkan kepada PBT untuk membaiki jalan di kawasan industri.
Beliau berkata, penyelenggaraan jalan perlu kajian yang teliti kerana ada jalan terletak bawah Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Pelabur juga membangkitkan masalah kelewatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan sijil halal dan perakuan keselamatan dari kementerian tertentu yang menyebabkan kos operasi meningkat.
Menteri Besar mengarahkan SSIC menyelesaikan perkara itu dan mengadakan perbincangan segera dengan JAKIM serta kementerian terlibat untuk mengurangkan karenah birokrasi.
Antara pelabur yang hadir pada sesi dialog ini termasuk Giesecke & Devrient Malaysia Sdn Bhd, SGL Carbon Sdn Bhd, Mycron Steel Sdn Bhd, Top Glove Sdn Bhd, Megasteel Sdn Bhd, Oleon dan Haco Asia Pasific Sdn Bhd.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, YB Teresa Kok, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.
Jumlah pelaburan di Selangor terus mendahului negeri lain untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini dengan pelaburan berjumlah RM3.5 bilion melibatkan 166 projek yang diluluskan meninggalkan Johor (RM2.2 bilion) dan Kedah (RM1.8 bilion).
Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo sekali lagi membuktikan ketidakupayaan dan ceteknya ilmu pengetahuan beliau.
Kenyataannya berhubung bonus dan insentif yang ditolak Menteri Besar menunjukkan beliau tidak mampu membezakan antara organisasi korporat dan kerajaan.
Ini tidak menghairankan memandangkan pentadbiran yang baik tidak diamalkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar.
Ketika Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berkhidmat di PNB dan Guthrie beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya di dalam semua syarikat berkaitan kerajaan negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak untuk mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu.
Mungkin Dr Khir Toyo tidak sedar bahawa jika seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan.
Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya bahawa seseorang yang memegang jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat.
Menteri Besar tidak diwajibkan memegang kedudukan bukan eksekutif dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan negeri.
Sehubungan itu, faedah istimewa hanya boleh diberikan jika diluluskan Exco Negeri. Dalam keadaan seumpama itu, MB tidak akan menghadiri mesyuarat berkenaan disebabkan oleh konflik kepentingan.
Menteri Besar bercadang untuk merujuk isu ini kepada Dewan Negeri Selangor bagi membolehkan semua wakil kerajaan negeri berdebat sama ada bukan eksekutif berhak menerima faedah istimewa dan bonus serupa dengan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Sebagai Menteri Besar ketika itu, Dr Khir Toyo tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima faedah istimewa seperti bonus serta insentif.
Walaupun Tan Sri Khalid tiada alasan politik untuk menolak faedah istimewa yang ditawarkan kepadanya sebagai pengerusi di dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajan negeri tetapi sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, beliau enggan untuk meneruskan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.
Sebagai kerajaan yang menegakkan ketelusan serta kebertanggungjawaban, kerajaan Pakatan Rakyat percaya bahawa rakyat mesti dimaklumkan mengenai faedah istimewa dan bonus yang diberikan kepada wakil mereka yang memegang jawatan bukan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.
UMNO boleh terus mewajarkan keputusan serta polisi tidak jujur yang telah mereka amalkan sejak 53 tahun lalu, tetapi saya ingin mengingatkan mereka bahawa rakyat kini lebih berpengetahuan dan tidak akan teragak-agak menghukum pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi.
Dalam Islam bukan saja niat perlu betul, tetapi jalan yang digunakan, matlamat dan cara juga mesti mesti.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini sudi menghadiri Majlis Senaman Taiji Qi Gong 18 Gaya Peringkat Kebangsaan yang berlangung di Dewan Serbaguna Bandar Baru Bangi anjuran Bersama Majlis Perbandaran kajang.
Majlis ini adalah kali ke 18 penganjurannya dan pertama kali berlangsung di Selangor.
Seni senaman masyarakat Thiong Hua ini mendapat sambutan hangat dan menyaksikan seramai 3,343 penyertaan dari seluruh negeri di malaysia termasuk penyertaan dari negara jiran Thailand dan Indonesia.
Khalid tiba tepat jam 7.30pagi bagi menyempurnakan majlis perasmian.
Hujan renyai yang membasahi padang stadium pagi ini tidak menghalang majlis untuk terus berlangsung. Khalid dalam ucapannya merakamkan rasa gembira dengan sambutan penyertaan dan berharap seni senaman taiji ini terus maju.
"Kerajaan Negeri Selangor menyokong usaha ini,kerana rakyat sihat negeri berjaya,jadi oleh sebab itu saya mengalu-alukan kehadiran peserta" ujar Khalid kepada para peserta.
"Usaha yang membawa kita kepada satu pasukan yang bukan sahaja memberi kesihatan kepada badan,tetapi juga memberi kita peluang berjumpa erat silaturahim untuk saling kenal mengenali" tambahynya lagi.
Khalid slepas ucapannya turut turun ke padang bagi menyampaikan cenderamata kepada ketua setiap pasukan persatuan dari setiap negeri sambil diiringi oleh Adun Kajang, Lee Kim Sin Lee Kim Sin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Datuk Hassan Nawawi.
Penganjuran Majlis Senaman Taiji menyaksikan Selangor sebagai pasukan negeri paling ramai penyertaan iaitu seramai 543 orang.
Upacara perasmian dilancarkan oleh menteri besar dengan memalu gong sebagai simbolik persamian. Kemudian Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan dif kehormat disajikan dengan persembahan senaman Taiji Qi Gong.
Lee Kim Sin memberitahu ini adalah satu penghormatan kepada kawasannya kerana terpilih sebagai lokasi majlis dan pihak beliau berharap kedatangan peserta akan memeriahkan lagi lokasi pelancongan di Kajang.
"YAB sudi bersama ini juga satu penghormatan juga bagi mereka,walaupun hujan renyai-renyai Tan Sri tetap teruskan program".
DENGKIL 5 SEPT- Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim menyarankan Jawatankuasa Surau dan Masjid menyediakan garis panduan kepenggunaan masjid samada bagi tujuan bersolat atau aktiviti kemasyarakatan.
Beliau berkata demikian di Program Ihya Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Belia Penggerak Tempatan yang diadakan di Masjid As-Shariff,Kampung Datuk Ahmad Razali di Dengkil.
Tan Sri Khalid berkata di zaman Rasullullah, tetamu samada Islam dan bukan Islam dijemput berbincang dan bermasyarakat di Masjid. Malahan fungsi masjid dan surau pada ketika itu adalah luas meliputi pelbagai aspek.
“Nabi kita juga menyambut pemimpin dan tetamu samada Islam dan bukan beragama Islam berbincang untuk menentukan perjalanan dan pentadbiran masa-masa tertentu,dia telah menunjukkan contoh adakalanya mereka yang dianggap suci boleh menyertai di dalam surau dan juga masjid,seperti yang dikatakan oleh Dr Ahmad Yunus,di Gaza juga dijadikan tempat permainan Nabi Muhammad S.A.W pernah membenarkan dua tetamu untuk bertanding berlawan pedang di dalam masjid”
Tan Sri Khalid turut menyarankan agar jawatankuasa surau dan masjid agar dapat memberikan garis panduan untuk memasuki masjid dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Malahan orang Islam perlu menutup aurat semasa memasuki masjid dan surau dan bukan hanya kepada orang bukan Islam sahaja.
“Sehubungan itu,Jawatankuasa Surau atau masjid sewajarnya memberikan garis panduan untuk memasuki masjid sama ada untuk bersolat atau mengadakan aktiviti kemasyarakatan.Misalnya cara berpakaian sopan dan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.Ini termasuk bagi pengunjung bukan Islam.Tentulah tidak wajar,malah sangat berdosa sekiranya wanita Islam yang tidak menutup aurat dibenarkan msuk ke dalam masjid sedangkan wanita bukan Islam dikehendaki menutup aurat sekiranya memasuki masjid.”
Justeru Tan Sri Khalid mengajak umat Islam agar mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk menjadikan masjid dan surau sebagai wadah menyatupadukan ummah tanpa mengira darjat dan idelog politik.
“Oleh sebab itu,saya menyeru agar kita menggunakan kesempatan dalam bulan mulia ini untuk bermuhasabah dan lantas bersatu padu serta menjadikan masjid atau surau sebagai wadah atau tempat menyatupadukan umat Islam tanpa mengira darjat dan ideologi politik demi kepentingan dan kesejahteraan agama dan negara”.
Majlis ini disertai oleh para Penggerak Belia Tempatan di seluruh Selangor dan penduduk kampung.Pada majlis yang sama Tan Sri Khalid turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Wanita Cahaya Sinar Harapan dan Institusi Tahfiz Masjid As-Shariff.
Nurshakira Buang
SHAH ALAM 4 SEPT: Kerajaan Selangor komited untuk membantu rakyat Palestin di bumi Gaza yang terus-terusan dizalimi regim Israel Zionis.
Ini termasuk mengadakan kerjasama termasuk membina kilang anggota tubuh palsu, selain membantu hospital, jalan raya dan sekolah, malah turut mengambil beberapa institusi lain sebagai anak angkat.
Demikian kata Pengarah Penerangan Selangor, Badrul Amin Bahron yang masih menyaksikan sendiri penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza.
Badrul Amin berkata demikian ketika berucap dalam majlis Sahur Perdana Selangor di Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam yang dihadiri sekitar 6,000 orang.
Beliau juga sempat menceritakan pengalamannya sepanjang berada di bumi Gaza.
"Kita ada komitmen untuk membantu hospital, jalan raya, sekolah. Kita ada mengambil sekolah angkat dan masjid angkat di Gaza bagi memulihkan semangat mereka di sana.
"Kita juga komited untuk membina kilang kaki palsu dan anggota palsu kerana banyak tidak berkaki, banyak tidak bertangan. Mereka minta bawa ke Malaysia tetapi kita kata elok kita buat kilang di Gaza," katanya.
Menurut Badrul, penganjuran program rakyat Palestin ini akan diteruskan pada masa depan dengan kerjasama sukarelawan.
Malah, satu konvoi anjuran pihak Turki dijangka disertai mereka Oktober ini yang turut disertai ulama tersohor dunia, Syeikh Yusof Qardawi, bagi menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.
"Bulan depan konvoi kapal akan diadakan sekali lagi daripada Turki. Kali ini bukan 10 kapal tetapi beratus-ratus kapal. Saya difahamkan, salah satu kapal itu akan dinaiki Syeikh Yusof al-Qardawi," katanya.
(FHP)
Nurshakira Buang
SHAH ALAM 4 SEPT: Kerajaan Selangor mewartakan setiap Sabtu sebagai hari ilmu bagi mengalakkan masyarakat Islam menperdalami pengetahuan dunia dan akhirat sekali gus.
Melalui Program Menyemarakkan Islam Selangor atau Promise itu, Exco Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Hassan Ali, berkata dua kuliah agama dikendalikan tokoh agama pada setiap Sabtu selama 10 minggu.
"Setiap Sabtu, 9 pagi hingga 11.30 pagi, ada dua kuliah. Yang pertama, kuliah bagaimana kita melibatkan diri kita dalam perjuangan menegakkan Islam.
"Kuliah kedua ialah tafsiran fardhu ain yang akan disampaikan sama ada Datuk Harun Din atau Datuk Ismail Khamus, Hashim Yahya," katanya ketika berucap dalam majlis Sahur Perdana Selangor di Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan program ini akan diperluas ke setiap peringkat Selangor dalam tempoh enam bulan.
"Kita panggil saban minggu. Dalam masa 6 bulan, program ini akan dibuat di PBT dan 9 daerah. Akhirnya ia akan jadi macam di Kelantan di Terengganu - setiap Jumaat hari ilmu tetapi di Selangor setiap Sabtu," katanya.
Kata Hassan Ali, tiada halangan atau syarat tertentu buat masyarakat untuk menyertai majlis ilmu ini.
"Saya harap tuan puan bawa isteri, bawa anak. Dalam suasana santai, pakai jeans boleh datang, yang belum pakai tudung boleh datang, rambut perang boleh datang tiada masalah," katanya.
(FHP)
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berharap satu pasukan petugas khas bersama polis-kerajaan negeri Selangor dapat dibentuk bagi menyiasat kes penemuan perakam video di pejabatnya bulan lepas.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini, Abdul Khalid berkata, siasatan bersama itu bukan saja untuk mengesan siapa yang memasang perakam itu tetapi juga memperbaiki urusan keselamatan di pejabat menteri besar. Bagaimanapun, sehingga ini, beliau belum membuat laporan polis mengenai penemuan perakam video itu.
Mengenai isu penstrukturan industri air Selangor, Abdul Khalid berkata perbincangan mengenainya dengan kerajaan pusat mestilah dijalankan dengan terperinci kerana ia melibatkan pengambilalihan aset air yang bernilai di antara RM5 hingga RM9 bilion.
Dalam hal ini, perlu diambil kira bahawa "kerajaan negeri mempunyai peranan yang utama daripada segi pengendalian industri air di Selangor," katanya.
Menyentuh isu bukan Islam memasuki surau dan masjid, Abdul Khalid berkata perbincangan mengenai tatacara orang-orang bukan Islam memasuk masjid atau surau akan diadakan.
Masjid bukan sahaja tempat umat Islam beribadat tetapi untuk orang bukan Islam berinteraksi dengan masyarakat Islam, katanya.
Sebelum ini, anggota Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau mahu peraturan lebih terperinci untuk bukan Islam memasuki masjid digubal.
Ini berikutan insiden ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki dewan solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral baru-baru ini yang mencetuskan kontroversi. -BERNAMA