Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menyaksikan pasukan peguam mewakili kerajaan Malaysia terkedu bila disoal perihal layanan berat-sebelah yang ditunjukkan dalam kes Qazaf Anwar Ibrahim.
Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar, mewakili kerajaan Malaysia, berkata Mahkamah Sy ...
Siaran Ulangan Video " Fatwa Mutakhir Yusof Qardawi Mengenai Konspirasi 2 Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim " akan terus disiarkan dari semasa ke semasa. Sila klik http://intisaritvs.wordpress.com untuk mengetahui jadual siaran.
Kami terus bersiaran 24/7 melalui Live Webcast TVS, di http://www.tvselangor.com/live/channel1. Untuk mengetahui Jadual Siaran TVSelangor, klik LINK INI . Apa jua perkembangan boleh diikuti melalui Facebook TVSelangor TVSelangor2009@ FACEBOOK
Ibu mendiang A. Kugan, N. Indra bersama peguam keluarganya hari ini cuba menghantar memorandum kepada Istana Negara tetapi gagal.
Indra berada di kawasan istana itu kira-kira jam 11 pagi bersama-sama dengan 20 orang penyokong.
Namun, usaha itu sia-sia apabila memorandum itu gagal diserahkan berikutan tiada temu janji dibuat.
Peguam keluarga itu, Surendran berkata mereka hanya mahu menghantar memorandum itu bagi membela kematian Kugan yang sehingga hari ini tiada perkembangan tentang pembunuhannya.
Pada masa ini, hanya seorang anggota polis dihadapkan ke muka pengadilan sedangkan keganasan yang membawa kematian Kugan dipercayai dilakukan secara berkumpulan.
"Ibu dan keluarga mangsa amat dukacita apabila hanya seorang anggota didakwa," kata Surendran.
Kugan, 22, yang ditahan berhubung jenayah curi kereta mewah meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada 20 Jan lepas.
Kebakaran hutan di Pahang pada minggu ini semakin luas apabila melibatkan keluasan 130.5 hektar berbanding 83 hektar minggu lepas di empat kawasan besar yang dikenalpasti.
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, empat kawasan yang terjejas membabitkan hutan di Kampung Sungai Ular seluas 50 hektar, Ladang LKPP, Penor di Jalan Kuantan-Pekan (50 hektar), hutan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bistari Sri Pekan, Peramu (27 hektar) dan Hutan Simpan Ramin Batu 9, Pekan (3.5 hektar).
"Setakat ini bomba telah berjaya memadam kebakaran hutan seluas 59.5 hektar manakala baki 71 hektar lagi masih dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi memadam api yang bermula sejak 24 Feb lepas melibatkan kekuatan anggota seramai 118 orang.
Dalam pada itu, katanya, masalah kekurangan air turut menyukarkan usaha untuk memadam kebakaran hutan di empat kawasan terbabit.
Sementara itu, musim kemarau yang berlaku sekarang mengakibatkan anggota bomba Labuan terpaksa bekerja keras memadamkan kebakaran dengan purata tiga kebakaran hutan dilaporkan setiap hari sepanjang bulan Februari.
Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Labuan digegaskan bagi memadamkan 12 kebakaran hutan pada Januari dan 70 kes pada Februari, kata pegawai perhubungan awamnya Irwan Husin, kepada Bernama hari ini.
Bulan ini sahaja, enam kejadian kebakaran seperti itu telah dilaporkan.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Batu Arang, Rancha-Rancha, Tanjung Aru Nelayan, Merinding Pancur Hitam dan Sawangan Cina, Membidai. Tiada harta benda atau tanaman yang musnah setakat ini.
"Kami telah pun membuka bilik operasi 24 jam untuk tujuan ini. Anggota bomba kami tidak mengambil cuti sejak musim kering ini bermula," katanya.
Prihatin dengan nasib rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Andalas, Dr A. Xavier Jayakumar memberi jaminan kerajaan negeri akan membantu semua 15 keluarga mangsa ribut di Ampang baru-baru.
Xavier semalam meluangkan masa melawat rumah mangsa yang sebahagian besar rosak dilanda ribut di Ampang baru-baru ini.
Antara 15 premis itu, rumah A Dhevenran paling rosak teruk dalam kejadian pada 3 Mac.
Xavier bercadang membawa kes Dhevenran ke peringkat atasan berikutan mangsa tidak mampu membayar premium tanah lantaran dihimpit kemiskinan.
Xavier berjanji untuk mencari jalan bagi meringankan beban Dhevenran bagi memudahkannya membayar premium 20 ribu ringgit.
Mangsa kemudian akan dibantu memperoleh rumah PPRT bagi menggantikan rumah yang mengalami kerosakan teruk.
“Saya akan bawa isu ini, sebab saya nampak memang miskin keluarga itu dan saya akan buat rayuan untuk mereka untuk mengurangkan premium untuk keluarga ini,” kata beliau.
Xavier turut menyampaikan bantuan makanan dan sejumlah wang ehsan kepada semua mangsa lain.
Turut melawat ialah ADUN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz Khasim Ahli Parliman Ampang Zuraida Kamarudin.
“Sebuah keluarga yang rumah dia ranap itu kita mintak, kita bantu la, kita bagi makan, kita bawa dia duduk rumah jiran, pada hari ini kita bawa EXCO untuk turun membantu dan daripada pejabat daerah memang bagi sumbangan sebanyak 300 ringgit di pihak DUN tengoklah kita akan bagi kemudian," kata Khasim.
Kerajaan Selangor mengadakan Ujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor selama empat hari bermula malam semalam di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Seramai 46 peserta lelaki dan perempuan mewakili daerah masing-masing menyertai program yang kali ini dijalankan mengikut format baru iaitu pertambahan juzuk.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah hadir merasmikan Majlis tersebut.
Beliau berkata program itu diharapkan dapat melahirkan lebih ramai huffaz dalam kalangan rakyat dan kerajaan negeri menyokong usaha itu serta sedia memberi bantuan.
"Selain terdapat dua maahad Tahfiz yang ditubuhkan dan diselia kerajaan negeri, saya diberitahu terdapat sebilangan lagi sekolah swasta yang turut berusaha untuk melahirkan para huffaz dalam kalangan rakyat di Selangor. Ia menunjukkan perkembangan yang sihat bahkan merupakan usaha yang amat mulia di sisi agama Islam. Kerajaan Negeri memang menyokong dan sedia memberi bantuan," tegas Khalid.
Kerajaan Selangor melantik 45 orang sebagai Ketua Komuniti India bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri di peringkat kampung yang majoriti penduduknya keturunan India.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier berkata kerajaan negeri juga buat pertama kali melantik seorang wanita India, Gobinder Sami Manimaykalay sebagai ketua komuniti India.
Mereka akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah di lokasi masing-masing bagi memajukan penduduk setempat.
"Kira-kira 93 orang calon-calon telah ditemuduga baru-baru ini di mana 45 orang telah disenarai pendek dan seterusnya nama-nama mereka telah diluluskan dalam mesyuarat exco pada hari ini, kata Vaxier.
Ketua komuniti itu akan memainkan peranan mereka sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan masyarakat setempat.
Xavier berkata, mereka akan menyalurkan maklumat kepada rakyat akar umbi, selain menjadi mata dan telinga kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat.
”Kerajaan negeri menyediakan elaun bulanan RM300 dan mereka diserapkan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan kampung masing-masing," kata beliau.